Tuesday, April 22, 2014

Sambutan Hari Bumi (Earth Day) 2014 peringkat IPG Kampus Tawau

Pada 22 April 2014, unit PPISMP Sejarah yang juga merupakan ahli jawatankuasa LESTARI IPG Kampus Tawau telah diberikan amanat untuk menganjurkan sambutan Hari Bumi ini. Sambutan ini merupakan program rasmi pertama yang dikelolakan oleh unit kami. Jawatankuasa LESTARI ini juga dikenali sebagai Skuad Green Campus.

Hari Bumi atau lebih dikenali dengan Earth Day merupakan satu sambutan  yang diadakan pada tarikh 22 April setiap tahun di seluruh dunia. Hari  Bumi  ini diselenggarakan buat pertama kali pada 22 April 1970. Pengasasnya  ialah Gaylord Nelson, seorang senator Amerika Syarikat.

Sambutan ini diadakan sebagai kempen untuk mengajak orang ramai supaya  prihatin terhadap alam sekeliling. Sambutan ini juga adalah sebagai gerakan  meningkatkan kesedaran dan penghargaan terhadap planet yang kita diami  ini. Sehingga kini, Hari Bumi telah disambut setiap tahun sebagai satu tanda  serta kempen menghargai bumi.

Berikut merupakan gambar-gambar sekitar majlis perasmian Sambutan Hari Bumi 2014 peringkat IPG Kampus Tawau :










































































No comments:

Post a Comment