Hari Bumi atau lebih dikenali dengan Earth Day merupakan satu sambutan yang diadakan pada tarikh 22 April setiap tahun di seluruh dunia. Hari Bumi ini diselenggarakan buat pertama kali pada 22 April 1970. Pengasasnya ialah Gaylord Nelson, seorang senator Amerika Syarikat.
Sambutan ini diadakan sebagai kempen untuk mengajak orang ramai supaya prihatin terhadap alam sekeliling. Sambutan ini juga adalah sebagai gerakan meningkatkan kesedaran dan penghargaan terhadap planet yang kita diami ini. Sehingga kini, Hari Bumi telah disambut setiap tahun sebagai satu tanda serta kempen menghargai bumi.
Berikut merupakan gambar-gambar sekitar majlis perasmian Sambutan Hari Bumi 2014 peringkat IPG Kampus Tawau :